Thursday, September 30, 2010

ini juga 999

Dah alang-alang hendak membeli emas, beli yang 999. Dah survey macam-macam website, Tak ada pula yang terlekat. Dah tengok macam-macam dinar, mata pun pun berpinar-pinar. Tengok ini pula, Ini dinar GCP punya.

Ketulenan 999. berat standard 4.25 gram. Harga hari ini RM 647.00.





999 maknanya hampir 100% tulen emas tanpa bahan2 campuran lain. Termurah dipasaran.

0197396575 Nizam
0197881615 Noraishah

Kami juga beli emas terpakai, rosak, patah, renyuk, kemek, bengkok dan sebagainya dengan harga tinggi..

Tuesday, September 28, 2010

meminjam mesin masa tok rimau

Semalam saya berkesempatan meminjam mesin masa tokrimau (siapa itu tok rimau, korang boleh kenal kat sini) untuk meninjau-ninjau harga emas dunia untuk 3 bulan akan datang. Harga emas pada ketika itu, mencecah 1450 USD bagi 1oz.


Hahaha!


Jadi, kalau anda bercadang untuk mengaut keuntungan dari pelaburan emas ini, beli saja emas sekarang. Insyaallah.. emas bahan komoditi yang paling stabil. Mula menyimpan, mula lah melabur.

Saturday, September 25, 2010

baru! masih panas!

Update terkini stok barang kemas untuk simpanan dan pelaburan. ketulenan 999 atau 24K. 916 atau 22K pun ada.

FAQ
kenapa patut beli yang 999?
baik untuk pelaburan jangka panjang dan sederhana. Harga pasaran lebih cepat berubah berbanding yang lain-lain.

Kenapa gelang jenis macam ni saja? takde corak lain?
Inilah gelang emas 999 pelaburan dan simpanan. Kalau dibawa ke Arrahnu untuk dipajak, pasti mesin dencimeter membaca dengan tepat dan betul mengikut berat dan ketulenan.

Gelang tangan pasir padu
ketulenan: 999 atau 24K
berat secara purata: ada 10g, 20g, 30g, 50g, 70g dan 100g
harga segram: RM 150 gram

Gelang tangan pasir padu
ketulenan: 916 atau 22K
berat secara purata: ada 10g, 20g, 30g, 50g, 70g dan 100g
harga segram: RM 142 gram

Macam biasa tanpa upah tukang, tanpa kos penghantaran, tanpa kos air mineral, tanpa caj-caj terlindung. Apa yang dibeli ialah emas semata-mata.

Bandingkan harga emas saya dengan kesatuan pekedai-pekedai emas semalaya! klik sini!





"menyimpan emas itu membebaskan diri dari kapitalisme" kata saya.

.
.
.
.
.
.
.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan hubungi:

0197396575 Nizam
0197881615 Noraishah

Tuesday, September 21, 2010

Stok sedia ada. Rantai tangan dari Public Jewellery. Lebih murah dari yang dijual oleh Public Jewellery sendiri. Ada dua utas.

1. Ketulenan: 916
Harga: RM 140 gram X 5.1 = RM714

2. Ketulenan: 916
Harga: 140 gram X 5.6 = 784

Cepat! Mula simpan dan bergaya sekarang..



dan yang ini juga dari Public Jewellery. lebih murah dari Public Jewellery.



Rantai leher
ketulenan: 916
berat: 17.1g
harga: RM 140 gram X 17.1 = RM 2394

.
.
.
.
.
.

Harga emas sedang mencanak dan sememangnya mahal. Nilai yang tersimpan akan berganda dimasa hadapan.

"Simpan emas itu membebaskan diri dari kapitalisme" kata saya.

Penghantaran percuma untuk mereka sekitar JB. Talian untuk dihubungi,
0197396575 Nizam
0197881615 Noraishah

Tuesday, September 7, 2010

Memang betullah..


Tak kenal maka tak cinta. Kalau dulu sebut pasal emas, saya adalah orang yang paling menyampah dan meluat. Tak pernah peduli, apa yang ada dalam kedai-kedai emas di pasaraya-pasaraya. Sebab saya melihat emas itu sekadar perhiasan wanita dan tak ada kena mengena langsung dengan saya.

Tidak ada faedah jika saya ambil tahu. Mahal dan membazir. Mujur masa nak bernikah dulu. Isteri minta juga dibelikan rantai emas untuk ganti mas kahwin. Itu kali pertama dan terakhir membeli sebelum saya sudah jatuh cinta dengan EMAS.

Keghairahan memburu emas mula berakar apabila menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) oleh Dr. Azizan Osman. Antara pengisiannya ialah beliau menyarankan pentingnya individu yang mengalami kebocoran wang untuk membuka akaun simpanan emas di mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Dengan lebihan gaji bekerja yang tak seberapa maka dapatlah saya membuka akaun simpanan emas di Maybank dengan permulaan 5 gram (adalah tidak digalakkan untuk dibuka akaun ini. Tunggu cerita saya tentang akaun ini). Dari situ, saya mula mengkaji dan mendapatkan maklumat tentang emas.

Maka, terjumpalah saya dengan blogger-blogger yang menulis tentang pelaburan emas, perniagaan emas, pengumpul-pengumpul emas antaranya jutawanemas, pokli wealth, aura aurum asar, asmawee, geng 916 dan ramai lagi. Setiap hari setiap masa dan ada kelapangan maka blog-blog mereka inilah saya explorasi. Habis saya khatamkan setiap entri yang mereka tulis.

Saya mula yakin inilah yang perlu saya lakukan. Saya tidak terikat dengan sesiapa, saya rasa selamat dengan apa yang saya buat. Saya tidak perlu risau tentang emas-emas yang tak terjual. Saya tak takut emas-emas saya akan busuk atau rosak. Yang saya takut ialah tuhan saya.

Saya tak perlu bersusah payah mencari downline mengembangkan networking saya dan yang paling mudah, saya tidak perlu bercakap banyak dan bercerita panjang tentangnya. Walaupun saya berminat untuk bercerita panjang tentangnya. Saya sudah jadikan minat saya ini menjadi pendapatan pasif saya.

Mengapa emas?
.
.
.
.
.
.
Kalian tunggu di dalam episod yang akan datang..

Sunday, September 5, 2010

oh! ada yang tak tahu lagi..

Ada yang tertanya-tanya. Tak tau, tak faham dan tak jelas. Sedikit info:

Orang arab kata DINAR

Orang putih kata GOLD

Orang melayu kata EMAS.
.
.
.

Orang arab kata DIRHAM

Orang putih kata SILVER

Orang melayu kata PERAK
.
.
.

GANGSA?


Sekian dari saya....

Thursday, September 2, 2010

meh borong

Meh borong. Ada beberapa urat barang kemas untuk dijual. Harga yang jauh lebih murah daripada kedai. Tanpa sebarang kos upah tukang atau apa-apa kos terlindung. Harga ikut harga emas semasa. Ingat! beli emas dapat emas! ready stock!

Rantai leher
ketulenan: 916
berat: 17.1g
harga: RM 136 X 17.1 = RM 2325


Tiga utas gelang tangan
ketulenan:916
berat dan harga:
1. RM 136 x 9.17g = RM 1247 SOLD OUT! TERIMA KASIH ENA
2. RM 136 x 9.82g = RM 1335
3. RM 136 x 10.18g = RM 1384 SOLD OUT! TERIMA KASIH CIKGU ZIELA MOHAMAD


Dinar-dinar Public Gold. Semak harga di http://publicdinar.com.
Kalau nak gold bar atau gold coin Public Gold, semak harga di http://publicgold.com.my


Ini Dirham Kelantan. Semak harga di http://islamicmint.com.my

Penghantaran percuma untuk mereka sekitar JB. Talian untuk dihubungi,
0197396575 Nizam
0197881615 Noraishah

dail sekarang!